SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Saturday, February 27, 2010

Cerita Semalam...

Semalam, 26 Feb. 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431h adalah hari keputeraan baginda Rasulullah saw. Dalam meniti kehidupan di dunia ini, kita patut bersyukur kerana di lahirkan sebagai seorang Islam. Baginda Rasulullah saw dilahirkan sebagai seorang Nabi, sebagai seorang Rasul. Baginda diutuskan Allah untuk memberi petunjuk kepada seluruh alam. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:


"Tidak aku utuskan (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat keseluruh alam"


Saban tahun pada setiap 12 Rabiul Awal, kita sebagai umat Islam bersama-sama berkumpul, beramai-ramai kita berhimpun untuk memperingati salah satu tarikh yang bermakna dalam kalendar Islam iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad saw. Setiap malam kedengaran kesyahduan bait-bait marhaban, selawat di segenap kampung, di ceruk rantau, di kutub utara, di kutub selatan,di serata dunia mengalunkan puji-pujian ke atas Rasulullah saw.


"Sallallah 'ala Muhammad * Sallallah 'Alaihi wasallam
Sallallah 'ala Muhammad * Sallallah 'Alaihi wasallam"


Betapa tersentuhnya hati ini mengenangkan pengorbananmu Ya Rasulullah. Hadirmu ke dunia memberi cahaya memadamkan zaman jahiliyyah. Budimu terlalu tinggi, akhlakmu teramat indah, dirimu insan terpilih... Engkaulah kekasih Allah.


" Your face is bright like a shining moon
Ligthing up darkness of the night
we are here we think of you
Oh Muhammad Rasulullah...


Becoming of you make the brightess day
Shining through along the way
You bring the love of Islam
You are the symbol of unity


You bring the light to the entire world
You bring the love into human life
The way of true... oh Muhammad Rasulullah..."


Semalam, kami warga SK Aru Baru bersama-sama mengikuti perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Sundar. Ramai orang kampung berhimpun memenuhi pekarangan Tamu Sundar bagi menyertai perarakan tersebut. Dalam perarakan tersebut di adakan pertandingan Sepanduk. Kami SK Aru Baru menyertai pertandingan sepanduk kategori A (sekolah / pertubuhan kerajaan). Alhamdulillah, sekolah kami berjaya merangkul tempat kedua dalam pertandingan sepanduk.


Terbayang wajah-wajah ceria murd-murid dan warga SK Aru Baru di saat keputusan pertandingan sepanduk diumumkan. Kedengaran sorokan yang menunjukkan keriangan yang tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Sesungguhnya semalam adalah kenangan yang terindah selama dua tahun kami menyertai perarakan Maulidur Rasul ini. Tahniah buat warga SK Aru Baru... Tahniah juga kepada semua guru-guru dan kakitangan sokongan yang terlibat dalam menyiapkan sepanduk tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tahniah sekali lagi.



Salam Maulidur Rasul,


Bicara Minda Bestari.


Kenangan Maulidur Rasul 1431H

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...