SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Saturday, July 25, 2009

Gotong-Royong Perdana SK Aru Baru

Semalam SK Aru Baru mengadakan gotong royong perdana bersama PIBG sekolah. Semua guru-guru hadir kecuali mereka yang betul-betul hadapi masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa juga ramai yang hadir memeriahkan gotong-royong tersebut.


Membersihkan kelas, membuat lanskap, membuat meja untuk kelas j-QAF serta menanam pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Wah! Cantik dah kawasan sekolah di penuhi pokok-pokok bunga.

Antara gambar-gambar yang diambil semasa gotong-royong berlangsung.

* GB turut serta dalam gotong-royong perdana.


*Cikgu Faridah, Ustaz Zaidi, Ustazah Yuslaila dan Ustazah Salziah...
*Cikgu Faridah, Ustazah Salziah dan Cikgu Din...


*Kaum bapa bergotong-royong menaikkan semula papan tanda SK Aru Baru

* Cikgu faridah dan Ustazah Salziah edang menggembur tanah dalam pasu pokok bunga... buat betul2 tau.

*kaum ibu membersihkan kelas.


*Bagus betul kaum ibu kat sini... semuanya rajin2 belaka.... sanggup turun padang bersama2 membersihkan kawasan sekolah.
* Cikgu Din, Cikgu Liana, Cikgu Faridah dan Ustaz Zaidi serta murid2 sedang membina sebuah Lanskap... okay laa tu.



*Kaum bapa sedang membuat meja untuk bilik j-QAF. Terima kasih, semua ini untuk memudahkan anak-anak belajar dengan lebih selesa.

* Murid2 thn 6 yang turut serta dalam gotong-royong perdana 2009.

Semoga apa2 yang disumbangkan samana ada tenaga, wang ringgit dan sebagainya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. Semoga dengan perhimpunan pada majlis gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara Ibu Bapa dan guru-guru. Mantap PIBG SK Aru Baru.

by,

Minda Bestari.

Monday, July 20, 2009

Banjir Besar 06 Februari 2009


6hb Feb. 2009, satu tarikh yang memberi kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang saya berada di bumi SK Aru Baru ini. Lawas telah mengalami banjir besar selama 3 hari. Sekolah terpaksa ditutup berikutan banjir. Cuti lagi.

*Banjir… dalam tu.

Sepanjang hari hanya berada di dalam rumah sahaja. Nak keluar tak dapat. Terputus hubungan laa katakan. Rumah kerani kami (Pn. Pauline) pun ditenggelami air… dalam tu… sampai sesak nafasnya, dah laa time tu dia mengandung …hahahah… kesian kat dia. Nasib baik tiada nyawa yang terkorban.

Memang banjir kali ini paling buruk laa sepanjang saya berda di Lawas. SK Trusan pun mengalami banjir yang sangat dasyat. Difahamkan banyak harta benda sekolah rosak termasuk bilik j-QAF.

Apa-apa pun, bersyukur atas segala yang dikurniakan… mungkin ada rahmat di sebalik setiap kejadian.

So, sediakan payung sebelum hujan.

By,
Minda Bestari.

Saturday, July 18, 2009

Merentas Dunia Maya...

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ni. Hari ni, blog ni lahir... sama-samalah kita mencoret apa yang dapat dikongsi dan memberi manfaat buat semua di laman ini. Terima kasih kepada anda yang mengunjungi blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...