SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Monday, May 12, 2014

HARI BERSAMA BOMBA

12 Mei 2014, pihak sekolah telah mengadakan Hari Bersama BOMBA dengan menjemput Jabatan BOMBA & Penyelamat Daerah Lawas. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah ceramah tentang cara-cara menyelamatkan diri sewaktu kebakaran dan juga demonstrasi cara-cara penggunaan alat pemadam api sewaktu kecemasan.


Program ini adalah julung kali diadakan di S.K Aru Baru memandangkan sekolah kini telah dihubungkan oleh jalan raya yang kini boleh diakses melalui darat tanpa perlu menyeberang sungai menggunakan bot. Konklusinya, program ini berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan awal kepada murid-murid disamping dapat mengeratkan kerjasama di antara pihak sekolah dan Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia.



Thursday, May 1, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014

Sundar-30 April 2014. S.K Aru Baru telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa anjuran bersama PIBG sekolah. Aktiviti melibatkan semua murid dan ibu bapa sekolah termasuk sokongan padu dari penduduk Kampung Aru dan Kampung Baru.


Kedudukan Rumah Sukan
Pertama : Apple (98 markah)
Ke-2 : Lenovo (95 markah)
Ke-3 : Samsung (69 markah)

untuk paparan gambar lebih jelas sila rujuk Group Facebook SK ARU BARU dengan pautan berikut :
https://www.facebook.com/groups/1427740910771454/

semoga aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan diantara warga sekolah dan masyarakat setempat.
"Salam Menjulang Sarawak!"

Tuesday, April 1, 2014

SESI FOTOGRAFI

Sesi pengambilan gambar telah dibuat pada 18-19 Mac 2014(SELASA & RABU).  Sesi melibatkan semua guru, staf sokongan dan murid-murid. Aktiviti berjalan dengan lancar meskipun mengalami beberapa masalah yang berjaya ditanggani dengan baik. Untuk imej lebih jelas, sila rujuk Facebook S.K ARU BARU di pautan berikut. >>>KLIK SINI<<<




Tuesday, March 11, 2014

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM DAN SUKAN 2013

Dengan ini, pencalonan bagi Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Sukan tahun 2013 sempena Hari Guru 2014 telah dibuka kepada semua guru & murid. Sila download borang pada link di bawah dan isi borang secara bertulis tangan ataupun bertaip dan hantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum sebelu 14 Mac 2014. Hantar softcopy atau email kepada zacheology@gmail.com. Terima Kasih.


Sistem Penilaian Anugerah

Guru

borang pelajar

borang kelab

Augerah Juri

SekoLah

Pengurusan

SESI FOTOGRAFI SKAB 2014

Sesi pengambilan gambar akan dibuat pada 18-19 Mac 2014(SELASA & RABU). Guru-guru sila maklumkan kepada murid kelas masing-masing. KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

1. FOTOGRAFI KELAS
TEMPAT : LAMAN MAHABBAH
WAKTU : 8.20 A.M-9.20 A.M
INFO : GURU KELAS & MURID

2. FOTOGRAFI KELAB SUKAN & AKADEMIK
TEMPAT : LAMAN MAHABBAH
WAKTU : 9.20 A.M-9.50 A.M
INFO : GURU PENASIHAT & AHLI

3. FOTOGRAFI STAFF
TEMPAT : LAMAN MAHABBAH
WAKTU : 10.10A.M-11.10 A.M
INFO : SEMUA STAFF AKADEMIK & BUKAN AKADEMIK

4. FOTOGRAFI UNIT BERUNIFORM
TARIKH : 19 MAC 2014 (RABU)
TEMPAT : LAMAN MAHABBAH
WAKTU : 8.20A.M-9.20A.M
INFO : GURU PENASIHAT & AHLI
WAJIP GUNA BAJU UNIT BERUNIFORM



Tuesday, March 4, 2014

Karnival Seni & Kebudayaan 2014

Karnival Seni & Kebudayaan peringkat Daerah Lawas 2014 bertempat di Dewan Masyarakat Sundar pada 4 March 2014.
Tahniah kepada kumpulan penari di bawah bimbingan Miss Rachel & Mdm Melissa. Pingat pertama untuk tahun ini. Tahun depan kita akan terus maju!











MSSRD Peringkat Daerah Lawas 2014

Tempat : Kompleks Sukan Lawas
Tarikh : 25-27 March 2014
Tahniah buat atlet-atlet S.K Aru Baru kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun gagal meraih sebarang pingat. Kita sudah mencuba yang terbaik. Tahun depan jumpa lagi!

untuk paparan gambar lebih jelas, sila sertai group Facebook S.K ARU BARU. TQ

Sunday, February 23, 2014

Dikir

Mendengar sebutan Dikir, terlintas di fikiran rancangan Karoot Komedia X di Astro Warna. Andaian saya, Ustaz Amin & Ustaz Hanif meleset apabila majlis berdikir yang kami hadiri rupanya majlis cukur jambul atau Marhaban di Kampung Aru. Kepenatan melatih murid terubat apabila dilayan dengan mesra oleh penduduk kampung Aru sejurus balik dari Kompleks Sukan Lawas. Ia suatu pengalaman baru selain dari aktiviti mengajar di sekolah. Seronok juga bila ada kenduri di Kpg. Aru. Penduduknya peramah dan mengalu-alukan kedatangan kami. Semoga Aru terus sukses!


untuk gambar lebih jelas, sila kunjungi Facebook S.K Aru Baru.

Saturday, February 22, 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat S.K Aru Baru

Pada 20 Februari 2014 yang lepas, panitia Pendidikan Islam S.K Aru Baru telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar sendiri, En. Awang Morni Bin Haji Muda. Antara pertandingan yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan bercerita.


Untuk gambar lebih jelas, sila kunjungi laman Facebook S.K Aru Baru, Sundar 98800, Lawas Sarawak.

Saturday, February 15, 2014

Thursday, February 13, 2014

Perginya Sebutir Permata

Tanggal 6 Januari 2014, sebutir lagi permata meninggalkan S.K Aru Baru. Beliau adalah Ustazah Yuslaila Nani atau lebih mesra dengan panggilan Ustazah Aida melangkah pergi meninggalkan sekolah ini. Setelah sekian lama berkhidmat di sini, beliau berpindah mengikut suami berbakti di bumi Terengganu pula. Beliau mula berkhidmat di sini semenjak 6 Februari 2006. 8 tahun menabur bakti di Bumi Kenyalang, banyak sumbangan yang beliau telah berikan. Semoga beliau seronok d sekolah baru.







Irshad mengetuai rombongan

























Lambaian terakhir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...