SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Monday, April 25, 2016

10 MINIT UMPAMA 10 BUTIR BERLIAN!

Orang kata, "Masa itu emas!". Ia membawa erti betapa berharganya masa itu dalam kehidupan seharian kita. Demi memupuk nilai menghargai masa dan budaya membaca, program Jom Membaca 10 Minit yang telah diadakan selepas wantu PdP. 10 minit itu mungkin agak singkat bagi sesetengah orang tetapi ketahuilah bahawa dalam tempoh 10 minit itu jika kita luangkan dengan senaskah buku, sebenarnya kita mampu menimba 1001 ilmu!



Diharap dengan adanya program seperti ini dapat menyemai nilai serta budaya membaca dalm kalangan murid-murid SKAB dalam usaha membentuk sebuah generasi yang bakal menjadi tiang negara. Semoga SKAB terus maju!




Thursday, April 21, 2016

PELANGGAN SERBU GURU S.K.A.B!!

Kecoh hari ini di S.K Aru Baru apabila pelanggan menyerbu meja guru-guru di Laman Mahabbah! Apa yang telah berlaku sebenarnya? Apa produk yang telah dijual oleh guru-guru SKAB? Cikgu SKAB jual tudung ke? Tudung Neelofa? Tudung Fareeda? Atau produk Qu Puteh? Kejadian ini menimbulkan seribu satu tanda tanya kepada orang luar yang tidak mengetahui perkara sebenar yang terjadi pagi tadi. Mujur ada Pamoga!

Sekitar jam 8.00 pagi, pelanggan yang terdiri daripada ibu bapa murid SKAB sudah mula berkumpul di makmal komputer untuk mendengar sedikit taklimat yang telah diberikan oleh En. Abubakar selaku Guru Besar sekolah. Taklimat yang diberikan memberi sedikit-sebanyak gambaran tentang hala tuju sekolah dalam mencapai matlamat agar murid SKAB lebih maju.

Program yang dijalankan ini sebenarnya adalah PROGRAM INGAU-INGAUAN siri 1 2016. Program ini menjemput ibu bapa ke sekolah untuk bertemu guru-guru dan mendengar penjelasan mengenai prestasi dan potensi anak-anak mereka di sekolah. Di bawah makmal, Laman Mahabbah berlangsungnya perjumpaan diantara ibu-bapa dan guru kelas masing-masing.

Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa sangat menggalakkan malah mereka amat berminat mendengar tentang anak-anak mereka. Program ini juga dapat merapatkan hubungan dan komunikasi di antara guru-guru dan ibu bapa demi membentuk kerjasama yang jitu dalam menjana generasi SKAB yang gemilang.

Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua ibu bapa yang terlibat dalam program ini kali ini dan diharap pada masa akan datang keadaan ini masih boleh diteruskan malah ditambah baik demi SKAB tercinta. 

"Anak kita, masa depan kita."















Wednesday, April 20, 2016

MURID S.K ARU BARU LANCAR ROKET PERTAMA!

Hari ini, keputusan Pertandingan Reka Cipta daripada bahan terbuang telah diumumkan. Murid-murid berdebar-debar menanti keputusan kerana telah menhasilkan citaan masing-masing yang sangat menarik. 

Roket ciptaan kumpulan Super Junior telah menambat hati para hakim apabila mereka telah melancarkan roket ke udara yang hampir menyamai ketinggian bangunan dua tingkat! Hasil ciptaan kumpulan ini masih perlu digilap agar terbang lebih tinggi. 


Berita baiknya Guru Besar, Cikgu Abubakar b. Damit telah mengumumkan akan mengadakan pertandingan ini sekali lagi pada hujung tahun ini dengan hadiah yang lebih menarik dan lumayan! Dengan harapan murid-murid dapat menghasilkan ciptaan yang lebih kreatif dan menarik! Diharap dengan adanya pertandingan seperti ini dapat menjana pemikiran kreatif anak-anak SKAB.

BIL
KUMPULAN
MARKAH
PERATUS
KEDUDUKAN
1.
SUPER JUNIOR (ROKET)

331/400
82.8%
1
2.
SHAF (KERETA KEBAL)

248/400
62%
4
3.
ARU JUNIOR (BOT)

250/400
62.5%
3
4.
SINAR HARAPAN (RUMAH KUCING)
253/400
63.3%
2
Keputusan akhir pertandingan Reka Cipta anjuran TKRS

Kumpulan S.H.A.F mendapat saguhati dengan ciptaan kereta Kebal yang boleh menembak dengan kuasa angin.

Kumpulan Super Junior menjuarai pertandingan dengan Roket yang sangat SUPER!

Kumpulan Sinar Harapan mendapat tempat ke-2 dengan ciptaan mereka, Rumah Kucing.


Tempat ke-3 kumpulan Aru Junior dengan bot yang dikuasakan dengan kuasa angin.

PHOTOGRAPHER : C.Din

Thursday, April 14, 2016

LOMPATAN ARIF DARI LAWAS KE TERENGGANU!

Arif Fahmi, sebuah permata yang bersinar milik S.K ARU BARU kini melompat lebih jauh sehingga ke negeri Terengganu. Adik Arif mewakili SKAB dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh semasa MSSR di Lawas beberapa bulan lepas. Beliau berjaya membawa pulang pingat emas untuk acara lompat tinggi 12 ke bawah dan pingat gangsa bagi acara lompat jauh 12 tahun ke bawah.

Secara automatik adik Arif berjaya mewakili Lawas untuk beraksi di Limbang dan menyaksikan Limbang tewas di tangan Lawas! Adik Arif akan bertolak ke Sarikei pada 18 April ini untuk menjalani latihan pusat di sana dengan harapan dapat membawa nama Sarawak pula setelah beliau berjaya memperoleh emas bagi acara lompat tinggi peringkat Negeri Sarawak yang lepas.

Diharap dengan kejayaan Adik Arif ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid SKAB yang lain. Selain bergiat aktif dalam bidang sukan, beliau juga tidak melupakan pembelajarannya kerana beliau akan menduduki UPSR pada tahun ini. Kami warga SKAB mendoakan kejayaan adik Arif Fahmi dalam semua bidang yang beliau ceburi demi agama, bangsa dan negara.

Guru Besar, Cikgu Abubakar Bin Damit menyampaikan sumbangan wang saku kepada Arif Fahmi sebanyak RM220.
TAHNIAH ARIFFFF!! :)

Wednesday, April 13, 2016

PERTANDINGAN REKA CIPTA BAHAN TERBUANG

14 APRIL- Hari ini telah berlangsungnya pertandingan reka cipta daripada bahan terbuang yang dianjurkan oleh pasukan unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah S.K Aru Baru. Ia adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh kadet TKRS sebagai salah satu pengisian kokurikulum TKRS. 

Pertandingan disertai oleh kadet-kadet TKRS yang terdiri daripada 4 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai sebanyak 4 atau 5 orang ahli kadet. Antara rekaan yang telah dihasilkan oleh kadet-kadet kreatif ini adalah bot, rumah kucing, kereta kebal dan roket.

Hasil rekaan telah dinilai oleh 4 orang panel hakim yang terdiri daripada En. Abubakar B. Damit (Guru Besar) yang bertindak selaku ketua hakim, En. Zakhiruddin (PK 1), En. Fikrie (PKKO), dan En. Firdaus (GP KK). Ciptaan dinilai berdasaran 5 kriteria utama iaitu DEMONSTRASI - 20%, KUALITI PROJEK - 20%, MODEL/PROTOTAIP - 20%, KREATIVITI - 20% dan KEBERKESANAN - 20%.










Kumpulan manakah yang bakal meraih gelaran juara? Nantikan episod akan datang! Kita akan umumkan pemenang semasa perhimpunan! Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat menjana pemikiran kreatif murid-murid SKAB dan berdaya saing.


Monday, April 11, 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Pada 4 APRIL 2016 yang lepas, majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diadakan di Limbang bagi peringkat Bahagian Limbang. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan di Dewan Suarah, Limbang.

Pada tahun ini, satu-satunya wakil daripada S.K Aru Baru telah tercalon sebagai penerima APC bagi tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada Penolong Kanan 1, Cikgu Zakhiruddin Bin Zainol atas penganugerahan ini. Mari kita ikuti sedikit sebanyak mengenai Cikgu Zakhiruddin. 

Cikgu Zakhiruddin bin Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din lahir pada 17 November 1977. Beliau berasal dari Negeri Jelapang Padi, iaitu Kedah Darul Aman. Major pendidikan beliau adalah Bahasa Melayu meskipun begitu beliau juga mahir dalam matapelajaran Matematik dan menjadi penyumbang kepada peningkatan prestasi Matematik UPSR pada tahun sebelumnya. Berbekalkan semangat waja, beliau mula menabur bakti di S.K Aru Baru, Lawas semenjak 2 Januari 2009 sehingga kini. Beliau berharap agar S.K Aru Baru mencapai kecemerlangan akademik dan kesempurnaan sahsiah.

Semoga APC ini menjadi pemangkin buat guru-guru lain untuk berkhidmat dengan lebih baik pada masa akan datang.

Penerima APC S.K ARU BARU semenjak tahun 2008.
2008 : Puan Hajah Dayang Aton
2009 : -
2010 : Puan Jariah Bte. Hj. Daud
2011 : -
2012 : Puan Pauline Ak. Dian & Ustazah Yuslaila Nani
2013 : En. Idris B. Hasan
2014 : Pn. Rachel Ugas
2015 : En. Zakhiruddin bin. Zainol

Cikgu Zakhiruddin tersenyum puas!

Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan menyampaikan APC kepada Cikgu Zakhiruddin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...