SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Sunday, February 23, 2014

Dikir

Mendengar sebutan Dikir, terlintas di fikiran rancangan Karoot Komedia X di Astro Warna. Andaian saya, Ustaz Amin & Ustaz Hanif meleset apabila majlis berdikir yang kami hadiri rupanya majlis cukur jambul atau Marhaban di Kampung Aru. Kepenatan melatih murid terubat apabila dilayan dengan mesra oleh penduduk kampung Aru sejurus balik dari Kompleks Sukan Lawas. Ia suatu pengalaman baru selain dari aktiviti mengajar di sekolah. Seronok juga bila ada kenduri di Kpg. Aru. Penduduknya peramah dan mengalu-alukan kedatangan kami. Semoga Aru terus sukses!


untuk gambar lebih jelas, sila kunjungi Facebook S.K Aru Baru.

Saturday, February 22, 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat S.K Aru Baru

Pada 20 Februari 2014 yang lepas, panitia Pendidikan Islam S.K Aru Baru telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Majlis telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar sendiri, En. Awang Morni Bin Haji Muda. Antara pertandingan yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Nasyid dan bercerita.


Untuk gambar lebih jelas, sila kunjungi laman Facebook S.K Aru Baru, Sundar 98800, Lawas Sarawak.

Saturday, February 15, 2014

Thursday, February 13, 2014

Perginya Sebutir Permata

Tanggal 6 Januari 2014, sebutir lagi permata meninggalkan S.K Aru Baru. Beliau adalah Ustazah Yuslaila Nani atau lebih mesra dengan panggilan Ustazah Aida melangkah pergi meninggalkan sekolah ini. Setelah sekian lama berkhidmat di sini, beliau berpindah mengikut suami berbakti di bumi Terengganu pula. Beliau mula berkhidmat di sini semenjak 6 Februari 2006. 8 tahun menabur bakti di Bumi Kenyalang, banyak sumbangan yang beliau telah berikan. Semoga beliau seronok d sekolah baru.







Irshad mengetuai rombongan

























Lambaian terakhir..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...