SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Wednesday, November 23, 2016

GILANG GEMILANG MAJLIS KONVOKESYEN & PENYAMPAIAN HADIAH SKAB

Hari ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen & Penyampaian Hadiah SKAB bagi sesi 2016. Berbeza dari tahun lepas, kehadiran ibu bapa adalah diluar jangkaan. Ibu bapa hadir untuk menyaksikan anak masing-masing melangkah gagah di atas pentas menerima hadiah yang diperolehi.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan bin Hj. Tuah. Prestasi SKAB tahun ini meningkat berbanding keputusan tahun lepas dan ini menaikkan semangat ibu bapa malah keseluruhan warga sekolah untuk memberikan yang terbaik untuk SKAB pada tahun hadapan.

Tak nak cerita panjang..layan gambar dulu~~~

Terima kasih daun keladi, tahun depan jumpa lagi!




Lagi foto di facebook S.K ARU BARU.

Monday, July 25, 2016

VISI & MISI SEKOLAH

VISI & MISI

Visi:

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


Wednesday, May 18, 2016

Guru Besar SKAB Terkejut Apabila PIBG SKAB Melakukan ini...

Pada, 17 Mei lepas PIBG SKAB telah merancang sesuatu yang telah membuatkan Guru Besar SKAB terkejut dan diikuti dengan sorakan muri-murid SKAB. Apa rancangan PIBG yang telah dilakukan? Ikuti laporan terhangat dari wartawan tidak bertauliah SKAB.

Sambutan Hari Guru peringkat SKAB telah diadakan lewat sehari selepas tarikh sebenar Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2016. Persiapan rapi telah diadakan pada hari tersebut dan guru-guru sebulat suara untuk merayakan HARI ISTIMEWA tersebut pada hari Selasa.

Sambutan diadakan secara sederhana dan disertai oleh seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa murid. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah nyanyian koir oleh guru, persembahan sajak yang disampaikan oleh juara deklamasi sajak MTAQ 2016, Adik Nur Alya. Pertandingan juga turut diadakan seperti Melukis sambil tutup mata, Baling Pundi Kacang, Dart dan macam-macam lagi.

Paling mengharukan apabila selesai sahaja persembahan koir oleh guru-guru, PIBG telah membuat kejutan dengan membawa kek pulut 3 tingkat sempena dengan Hari Jadi Guru Besar yang juga jatuh pada tarikh yang sama dengan Hari Guru. Kejutan ini membuatkan En. Abubakar sangat terharu dan diikuti dengan nyanyian selamat hari jadi oleh murid-murid SKAB.





































Meskipun Hari Guru tahun ini disambut secara biasa dan kecil-kecilan sahaja, namun ia tetap meriah dengan kehadiran dan kerjasama dari semua pihak terutama PIBG yang bertungkus lumus membantu menjayakan program dengan penuh dedikasi. Semoga aktiviti seperti ini akan terus mengeratkan hubungan di antara PIBG dan Pihak sekolah demi memajukan SKAB. 

Thursday, May 5, 2016

Saat Datangnya Sakaratul Maut membuat air mata Lawas bergenang. Anda pasti menangis apabila Alia....

Nur Aliya' adalah salah satu permata SKAB yang bersinar dan berpotensi besar. Adik Aliya' memiliki bakat yang jarang dimiliki oleh anak-anak lain seusianya. Kebolehannya mendeklamasikan sajak dengan penuh penghayatan membuatkan hati para juri tercuit dan menitiskan air mata.

SKAB menjuarai pertandingan deklamasi sajak dalam bahasa Arab bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Dengan markah keseluruhan sebanyak 94 markah SKAB membawa pulang juara keseluruhan bagi deklamasi sajak dalam Bahasa Arab.

Pertandingan ini adalah salah satu pertandingan yang dipertandingkan dalam Majlis Tadarus al-Quran antara sekolah-sekolah peringkat Daerah Lawas pada 4 & 5 Mei 2016 yang telah diadakan secara berpusat di S.K Sundar dan S.M.K Sundar. MTAQ kali ini telah dianjurkan oleh sekolah-sekolah zon D Lawas.

Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Tuan Awang @ Ibrahim Bin Ahmat di Dewan Serbaguna S.M.K Sundar. Berikut adalah kedudukan keseluruhan setelah 2 hari bertanding.

KESELURUHAN TERBAIK ( SEKOLAH RENDAH )

JOHAN : S.K AGAMA (MIS) LAWAS ( 96 MARKAH )
NAIB JOHAN : S.K KERANGAN ( 56 MARKAH )
KETIGA : S.K LUAGAN ( 54 MARKAH )

KESELURUHAN TERBAIK ( SEKOLAH MENENGAH )

JOHAN : S.M.K SUNDAR (82 MARKAH )
NAIB JOHAN : S.M.K TRUSAN ( 71 MARKAH )
KETIGA : S.M.K MERAPOK (69 MARKAH )

1. TILAWAH RENDAH ( LELAKI )
JOHAN : MOHAMMAD IBRAHIM B. AMAN (S.K ULU MERAPOK)
N.JOHAN : MOHAMMAD KHAIRUL SYAZWI BIN SAFFAR (S.K LUAGAN)
KE-3 : HAZIMIE B. MOHAMMAD ZAMHARI ( S.K AGAMA (MIS) LAWAS)

2. TILAWAH RENDAH ( PEREMPUAN )
JOHAN : SITI NUR SOLEHAH BT. JUNAIDI (S.K AGAMA (MIS) LAWAS)
N.JOHAN : NUR FITRIANI FATIHAH BT. MATUSIN (S.K KERANGAN)
KE-3 : NUR NADIRA SYUHADA BT. YUSRIE (S.K SUNDAR)

3. TILAWAH MENENGAH ( LELAKI )
JOHAN : MOHD. KAMARUL IRFAN BIN JAIDI (S.M.K MERAPOK)
N.JOHAN : MUHAMMAD NAQIUYUDEEN B. SARUDIN (S.M.K LAWAS)
KE-3 : AK. KHAHARUDDIN B. PG. ABDUL MALEK (S.M.K TRUSAN)

4. TILAWAH MENENGAH (PEREMPUAN)
JOHAN : NURUL ZAFEERAH NAJIBAH BT. DAHLAN (S.M.K TRUSAN)
N.JOHAN : ENA SALWENA BT. JAPARUDIN (S.M.K SUNDAR)
KE-3 : NURDINA SYAHRIZAZTUL BT. MOHAMMAD (S.M.K LAWAS)
















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...