SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Saturday, July 25, 2009

Gotong-Royong Perdana SK Aru Baru

Semalam SK Aru Baru mengadakan gotong royong perdana bersama PIBG sekolah. Semua guru-guru hadir kecuali mereka yang betul-betul hadapi masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Kalangan ibu-ibu dan bapa-bapa juga ramai yang hadir memeriahkan gotong-royong tersebut.


Membersihkan kelas, membuat lanskap, membuat meja untuk kelas j-QAF serta menanam pokok bunga di sekitar kawasan sekolah. Wah! Cantik dah kawasan sekolah di penuhi pokok-pokok bunga.

Antara gambar-gambar yang diambil semasa gotong-royong berlangsung.

* GB turut serta dalam gotong-royong perdana.


*Cikgu Faridah, Ustaz Zaidi, Ustazah Yuslaila dan Ustazah Salziah...
*Cikgu Faridah, Ustazah Salziah dan Cikgu Din...


*Kaum bapa bergotong-royong menaikkan semula papan tanda SK Aru Baru

* Cikgu faridah dan Ustazah Salziah edang menggembur tanah dalam pasu pokok bunga... buat betul2 tau.

*kaum ibu membersihkan kelas.


*Bagus betul kaum ibu kat sini... semuanya rajin2 belaka.... sanggup turun padang bersama2 membersihkan kawasan sekolah.
* Cikgu Din, Cikgu Liana, Cikgu Faridah dan Ustaz Zaidi serta murid2 sedang membina sebuah Lanskap... okay laa tu.



*Kaum bapa sedang membuat meja untuk bilik j-QAF. Terima kasih, semua ini untuk memudahkan anak-anak belajar dengan lebih selesa.

* Murid2 thn 6 yang turut serta dalam gotong-royong perdana 2009.

Semoga apa2 yang disumbangkan samana ada tenaga, wang ringgit dan sebagainya mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT. Semoga dengan perhimpunan pada majlis gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara Ibu Bapa dan guru-guru. Mantap PIBG SK Aru Baru.

by,

Minda Bestari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...