SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Monday, May 12, 2014

HARI BERSAMA BOMBA

12 Mei 2014, pihak sekolah telah mengadakan Hari Bersama BOMBA dengan menjemput Jabatan BOMBA & Penyelamat Daerah Lawas. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah ceramah tentang cara-cara menyelamatkan diri sewaktu kebakaran dan juga demonstrasi cara-cara penggunaan alat pemadam api sewaktu kecemasan.


Program ini adalah julung kali diadakan di S.K Aru Baru memandangkan sekolah kini telah dihubungkan oleh jalan raya yang kini boleh diakses melalui darat tanpa perlu menyeberang sungai menggunakan bot. Konklusinya, program ini berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan awal kepada murid-murid disamping dapat mengeratkan kerjasama di antara pihak sekolah dan Jabatan BOMBA & Penyelamat Malaysia.



3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...