SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Wednesday, May 18, 2016

Guru Besar SKAB Terkejut Apabila PIBG SKAB Melakukan ini...

Pada, 17 Mei lepas PIBG SKAB telah merancang sesuatu yang telah membuatkan Guru Besar SKAB terkejut dan diikuti dengan sorakan muri-murid SKAB. Apa rancangan PIBG yang telah dilakukan? Ikuti laporan terhangat dari wartawan tidak bertauliah SKAB.

Sambutan Hari Guru peringkat SKAB telah diadakan lewat sehari selepas tarikh sebenar Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2016. Persiapan rapi telah diadakan pada hari tersebut dan guru-guru sebulat suara untuk merayakan HARI ISTIMEWA tersebut pada hari Selasa.

Sambutan diadakan secara sederhana dan disertai oleh seluruh warga sekolah termasuk PIBG dan ibu bapa murid. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah nyanyian koir oleh guru, persembahan sajak yang disampaikan oleh juara deklamasi sajak MTAQ 2016, Adik Nur Alya. Pertandingan juga turut diadakan seperti Melukis sambil tutup mata, Baling Pundi Kacang, Dart dan macam-macam lagi.

Paling mengharukan apabila selesai sahaja persembahan koir oleh guru-guru, PIBG telah membuat kejutan dengan membawa kek pulut 3 tingkat sempena dengan Hari Jadi Guru Besar yang juga jatuh pada tarikh yang sama dengan Hari Guru. Kejutan ini membuatkan En. Abubakar sangat terharu dan diikuti dengan nyanyian selamat hari jadi oleh murid-murid SKAB.





































Meskipun Hari Guru tahun ini disambut secara biasa dan kecil-kecilan sahaja, namun ia tetap meriah dengan kehadiran dan kerjasama dari semua pihak terutama PIBG yang bertungkus lumus membantu menjayakan program dengan penuh dedikasi. Semoga aktiviti seperti ini akan terus mengeratkan hubungan di antara PIBG dan Pihak sekolah demi memajukan SKAB. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...