SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Tuesday, April 24, 2012

25 April 2012... Gaji baru... 13% ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah lama admin tidak menulis di laman sesawang SK ARU BARU ini. Terdapat masalah yang menyebabkan tiada sebarang maklumat di paparkan. Hari ini semua warga SK Aru Baru tersenyum riang kerana dapat gaji baru. Terima kasih kepada kerajaan yang memberi kenaikan gaji kepada kita semua.

SOROTAN CERITA AWAL TAHUN 2012

4 Januari 2012, sessi persekolahan 2012 bermula. SK Aru Baru menerima 2 orang guru baru iaitu Teacher Mellissa Ann dan Ustazah Rabiatul Adawiyah. Selamat bertugas semoga dapat menyesuaikan diri dean suasana di sini. Cikgu Sambli @ Ali bin Minudin (Mantan guru besar) telah bersara. Siapakah yang akan mengisi kerusi Guru besar yang kosong itu?? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Mac & April 2012, MTAQ peringkat Daerah dan Bahagian. Tahniah dan syabas kepada Adik Andika Azra - acara Hafazan (L) dan Adik Amir Hassanani bin Ali  - acara Tilawah al-Quran  (L) yang telah berjaya dalam MTAQ peringkat Daerah dan Bahagian dan akan mewakili Bahagian ke peringkat Negeri di Betong awal Mei nanti. Tidak di lupakan juga buat Adik Siti Nursyakirah binti Idris yang bertungkus lumus untuk memenangi dalam acara Hafazan (P). Siti Nursyakirah terkandas di peringkat Bahagian. Tahniah dan cuba lagi untuk adik-adik yang menyertai MTAQ 2012 iaitu Adik Ena salwena binti Japarudin, Adik Mohd Yusri Hambri bin Reduan dan Adik Nur Izzatul Jamaliah binti Salim. Usaha lagi dan lagi dan lagi. Kejayaan pasti milik anda.

Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu... salam hormat dari saya. Assalamualaikum.




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...