SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Friday, June 15, 2012

Semester 2 bermula...

11 Jun lepas bermulanya sesi persekolahan bagi semester ke 2. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru-guru.

Tahniah di ucapkan kepada Ustazah Salziah Abd Manaf yang dapat berpindah balik ke Pahang. Selamat bertugas di sekolah baru. Semoga Ustazah Salziah ceria-ceria selalu.

Alhamdulillah... SK Aru Baru juga telah menerima kehadiran guru besar baru, En. Awang Morni. Selamat datang di ucapkan kepada cikgu. Semoga cikgu akan selesa dan gembira bekerja dengan kakitangan SK ARu Baru ini.

 Besarlah harapan sekolah agar ada pengganti Ustazah Salziah nanti.

Sekarang kita berada dalam bulan Rejab. Esok 27 Rejab... Isra' Mikraj. Kita semakin hampir dengan bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

UPSR pun dah tak lama dah... Kepada anak didik - anak didik SK Aru Baru, semoga kalian belajarlah bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang membanggakan diri sendiri, ibu bapa dan sekolah. "Man Jadda Wajada" - Sesiapa yang bersungguh dia padti berjaya!


Nazir akan datang ke sekolah... Bila? akan di maklumkan nanti. Patutnya diaorang datang minggu lepas. Terpaksa di tangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan. Lega sekejap.

SELAMAT PAGI SABTU... semoga ceria-ceria selalu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...