SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI S.K ARU BARU. BERILMU & BERJAYA..BERDOA, BERTAWAKAL. SALAM 1 MALAYSIA!

Thursday, April 14, 2016

LOMPATAN ARIF DARI LAWAS KE TERENGGANU!

Arif Fahmi, sebuah permata yang bersinar milik S.K ARU BARU kini melompat lebih jauh sehingga ke negeri Terengganu. Adik Arif mewakili SKAB dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh semasa MSSR di Lawas beberapa bulan lepas. Beliau berjaya membawa pulang pingat emas untuk acara lompat tinggi 12 ke bawah dan pingat gangsa bagi acara lompat jauh 12 tahun ke bawah.

Secara automatik adik Arif berjaya mewakili Lawas untuk beraksi di Limbang dan menyaksikan Limbang tewas di tangan Lawas! Adik Arif akan bertolak ke Sarikei pada 18 April ini untuk menjalani latihan pusat di sana dengan harapan dapat membawa nama Sarawak pula setelah beliau berjaya memperoleh emas bagi acara lompat tinggi peringkat Negeri Sarawak yang lepas.

Diharap dengan kejayaan Adik Arif ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid SKAB yang lain. Selain bergiat aktif dalam bidang sukan, beliau juga tidak melupakan pembelajarannya kerana beliau akan menduduki UPSR pada tahun ini. Kami warga SKAB mendoakan kejayaan adik Arif Fahmi dalam semua bidang yang beliau ceburi demi agama, bangsa dan negara.

Guru Besar, Cikgu Abubakar Bin Damit menyampaikan sumbangan wang saku kepada Arif Fahmi sebanyak RM220.
TAHNIAH ARIFFFF!! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...